Monday, April 27, 2020

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Bab 1: Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu



Bab 2: Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi


Markah Tugasan Minggu 7: PPT Multimedia 




Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara 











Wednesday, April 15, 2020

BBM3410Satu2020: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987) & Cerita Sosial 2.

NUR AIREENA NASRIN BINTI REMIZAN
199904

Bahagian A: Strategi Kesopanan.


Strategi Kesopanan Brown & Levinson (1987)

Bald on-record
Kesopanan Positif
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif
Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara


Bahagian B: Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa. 


Pada hari Ahad yang lalu, bapa pergi ke Pasar Tani membeli buah-buahan yang banyak untuk Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah kerana mereka gemar makan buah-buahan tempatan. Bapa membeli buah rambutan, durian, manggis langsat, duku dan banyak lagi! Bapa mengajak abang Imran makan buah-buahan itu dan menyuruhnya memanggil ibu dan adik-adiknya untuk makan sekali. Abang Imran pun pergi memanggil ibu dan adik-adiknya. Ibu pula menyediakan bakul sampah untuk mereka membuang sampah selepas makan buah-buahan, risau rumah akan bersepah dan kotor. Mereka mengangguk tanda faham. Alim bertanya kepada ibunya jika dia boleh berkongsi buah-buahan itu dengan Sulaiman kerana apa yang difahaminya, sekiranya kita berkongsi barang atau makanan yang kita suka dengan orang lain merupakan satu perbuatan yang baik. Ibu mengasingkan buah-buahan yang ingin diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik. Ibu mengulurkan plastik yang berisi buah manggis dan buah rambutan kepada Alim. Alim mengambil plastik lalu berlari ke rumah Sulaiman untuk diberikan kepadanya. Alim memberikan sebungkus plastik itu kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Sesudah makan, Alim menolong keluarganya mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang berada di luar rumah. Alim terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu, Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana Alim telah memberikan buah-buahan itu kepada Sulaiman. Alim berkata bahawa ibunya selalu berpesan, kita mesti berbuat baik dengan jiran. Mengenangkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Alim, dia mendoakan bahawa kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. 





Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara 

BBM3410Satu2020: Nak ambil gambar cantik kena tahu teknik fotografi.

Bahagian A: Jenis-jenis Shot


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara 


Bahagian B: Kepentingan "Rule of Thirds"



"Rule of Thirds" merupakan komposisi gambar yang dibahagi kepada 9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan tegak dan 2 garisan melintang. Dengan menggunakan teknik ini, gambar akan menghasilkan daya penarik berbanding dengan subjek yang berada di tengah. Di kamera digital, fitur grid line sudah diaplikasikan untuk memudahkan penggunaan konsep "rule of thirds" ketika mengambil gambar. "Rule of Thirds" mengajar kita untuk meletakkan horizon di garis horizontal sama ada di atas atau di bawah. Pemilihan garis atau bawah umumnya ditentukan kepada bahagian mana yang lebih menarik. Dalam "rule of thirds", objek boleh diletakkan pada titik tengah sebelah kanan dan kedua titik tengah bahagian bawah. Dengan meletakkan objek pada titik tersebut, gambar yang dihasilkan pasti mempunyai bentuk perspektif yang lebih menarik. Pada portrait pula, objek perlu diletakkan di salah satu garisan vertikal. Semakin dekat objek dengan garis, semakin baik komposisi gambar yang dihasilkan. Bagi konsep street photography pula, objek boleh diletakkan pada titik-titik yang menjadi persimpangan garis vertikal dan horizontal. Tetapi sekiranya manusia yang menjadi objek, arah pandangan matanya perlu disesuaikan supaya gambar tampil lebih baik. 

Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara 

BBM3410Satu2020: Twitter dan Trend Terkini

Bahagian B



Pengenalan 

"Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis." 
(Normaliza Abd Rahim, 2014) 

"Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran."
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian  

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), terdapat impak besar apabila seseorang pelajar itu mula menulis atau membuat penulisan. Pelajar akan mendapat lebih banyak informasi yang boleh dikongsikan kepada orang ramai. Tetapi, terdapat juga cabaran sebagai seorang individu yang kurang keyakinan dan bersikap negatif apabila orang ramai membaca penulisannya. Ini membuatkan pelajar mula rasa berat untuk menulis kerana bimbang akan diperkatakan oleh orang ramai. Pada zaman milenial ini, warganet atau netizen dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam penggunaan media sosial. Sekiranya berlaku salah faham, mereka akan mula memperkatakan seseorang itu sehigga mereka berasa malu. Golongan seperti inilah yang membuatkan seseorang takut untuk menulis dan menyampaikan idea mereka. 

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017), pelajar lebih fokus kepada proses pembelajaran bahasa kerana ia dapat memantapkan lagi penulisan mereka. Hal ini kerana, dengan menggunakan bahasa yang mantap, sesebuah penulisan itu dapat disampaikan dengan penuh kreativiti dan mampu menarik perhatian pembaca supaya dapat mengelakkan kebosanan dalam sesebuah penulisan. Dengan ini, penulisan seseorang pelajar itu akan kelihatan lebih menarik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pembaca yang dapat membuatkan penulis dan pembaca merasa dekat. 



RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: TWITTER POST

Bahagian A (Aktiviti 1)

Aktiviti 1 Bab 2








Sekian sahaja penceritaan kisah saya dan BTS :))

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.