Wednesday, April 15, 2020

BBM3410Satu2020: Nak ambil gambar cantik kena tahu teknik fotografi.

Bahagian A: Jenis-jenis Shot


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara 


Bahagian B: Kepentingan "Rule of Thirds"



"Rule of Thirds" merupakan komposisi gambar yang dibahagi kepada 9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan tegak dan 2 garisan melintang. Dengan menggunakan teknik ini, gambar akan menghasilkan daya penarik berbanding dengan subjek yang berada di tengah. Di kamera digital, fitur grid line sudah diaplikasikan untuk memudahkan penggunaan konsep "rule of thirds" ketika mengambil gambar. "Rule of Thirds" mengajar kita untuk meletakkan horizon di garis horizontal sama ada di atas atau di bawah. Pemilihan garis atau bawah umumnya ditentukan kepada bahagian mana yang lebih menarik. Dalam "rule of thirds", objek boleh diletakkan pada titik tengah sebelah kanan dan kedua titik tengah bahagian bawah. Dengan meletakkan objek pada titik tersebut, gambar yang dihasilkan pasti mempunyai bentuk perspektif yang lebih menarik. Pada portrait pula, objek perlu diletakkan di salah satu garisan vertikal. Semakin dekat objek dengan garis, semakin baik komposisi gambar yang dihasilkan. Bagi konsep street photography pula, objek boleh diletakkan pada titik-titik yang menjadi persimpangan garis vertikal dan horizontal. Tetapi sekiranya manusia yang menjadi objek, arah pandangan matanya perlu disesuaikan supaya gambar tampil lebih baik. 

Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara 

No comments:

Post a Comment