Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Bagi tugasan terakhir kami untuk kursus ini, kami dikehendaki untuk membuat kalendar sendiri. Bagi saya, tugas ni menarik sebab selama ni saya tak tahu pun boleh buat kalendar sendiri. Sebelum ni, beli kalendar yang dah siap je tapi sekarang dah boleh buat sendiri. Boleh letak apa-apa gambar yang kita nak, dan boleh design macam mana kita nak. 



Front page 

Januari 2021 

Februari 2021 

Mac 2021 

April 2021 

Mei 2021 

Jun 2021 

Julai 2021 

Ogos 2021 

September 2021

Oktober 2021 

November 2021 

Disember 2021 

Monday, June 15, 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Nyatakan perbezaan kajian facebook dan twitter.

FACEBOOK 
Menurut Madge (2009), kajian menunjukkan bahawa pelajar menggunakan facebook untuk berbincang mengenai tugasan akademik. Facebook juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran pelajar. Menurut kajian Selwyn (2007),pelajar juga dapat melatih diri untuk berkolaborasi dalam menyiapkan tugasan berbanding daripada bekerja secara individu. Manakala mneurut kajian Kabilan et. al (2010) pula, twitter dapat membuktikan bahawa keyakinan, motivasi dan sikap pelajar bertambah baik terutamanya dalam penggunaan bahasa semasa membuat penulisan. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bacaan dan kemahiran menulis mereka. 


TWITTER
Menurut Bicen & Cavus (2012), kajian menunjukkan bahawa pelajar gemar berkongsi tentang rutin mereka dan menyatakan emosi mereka dalam Twitter serta menggunakan bahasa yang sesuai. Menurut Dunlap & Lowenthal (2009) pula, Twitter membantu mereka dalam aktiviti membaca dan pelajar dapat memperoleh banyak maklumat. Pelajar juga dapat mempelajari dalam persekitaran sebegitu terutama sekali bagi pelajar bahasa. 



Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak (Keluarga) 

Twitter 


Facebook



Lirik lagu: 
Saya berasa puas hati 
Menolong ibu bapa setiap hari 
Bermula di pagi hari 
Sehingga malam nanti 

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati 
Menjaga budi pekerti 
Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka 


Huraian: 
Logo itu melambangkan keluarga saya. Saya mempunyai 3 orang adik lelaki dan saya merupakan anak sulung. Keluarga kami kecil tapi kami tetap bahagia. Tolong-menolong antara keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia ada. 

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN 


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara. 





Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI 1, 2 DAN 3 (BAB 8: IMPLIKASI PEDAGOGI)

Aktiviti 1: Senaraikan impak rangkaian sosial dalam proses pembelajaran pelajar. 




Aktiviti 2: Senaraikan impak perlaksanaan rangkaian sosial dalam proses pembelajaran pelajar. 




Aktiviti 3: Senaraikan tugas guru, pelajar dan kerajaan untuk memastikan kejayaan perlaksanaan penggunaan sosial media dan rangkaian sosial di dalam kelas. 



Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial: Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5: JIRAN 



Ulasan: 
Antara nilai yang dapat saya perolehi dari cerita sosial 5 ialah  rajinbaik hati dan juga pemurah. Nilai yang pertama iaitu rajin dapat dilihat daripada sikap Alim yang rajin mengemas buku ceritanya. Nilai yang seterusnya iaitu baik hati, dapat ditunjukkan melalui sikap Alim yang suka berkongsi buku cerita dengan jirannya, Sulaiman. Akhir sekali, pemurah. Sikap Alim dan Sulaiman yang pemurah dapat dilihat daripada caranya yang mereka berkongsi buku cerita dan juga coklat. 


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM

1. Animasi - gambar bergerak terbentuk daripada sekumpulan objek 
(gambar). Gambar atau objek yang dimaksudkan berupa manusia, haiwan, objek dan diselit dengan tulisan. Mempunyai warna yang menarik dan jalan cerita yang baik.
2. Drama - berbentuk satu siri, dua siri atau mempunyai beberapa episod. Drama dapat menarik perhatian remaja dan remaja yang mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap jalan cerita. 
3. Filem - mempunyai satu siri yang disiarkan selama satu jam setengah atau dua jam lebih. Ada filem yang dilakonan oleh manusia dan ada juga berbentuk animasi. 



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara.