Monday, June 15, 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Nyatakan perbezaan kajian facebook dan twitter.

FACEBOOK 
Menurut Madge (2009), kajian menunjukkan bahawa pelajar menggunakan facebook untuk berbincang mengenai tugasan akademik. Facebook juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran pelajar. Menurut kajian Selwyn (2007),pelajar juga dapat melatih diri untuk berkolaborasi dalam menyiapkan tugasan berbanding daripada bekerja secara individu. Manakala mneurut kajian Kabilan et. al (2010) pula, twitter dapat membuktikan bahawa keyakinan, motivasi dan sikap pelajar bertambah baik terutamanya dalam penggunaan bahasa semasa membuat penulisan. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bacaan dan kemahiran menulis mereka. 


TWITTER
Menurut Bicen & Cavus (2012), kajian menunjukkan bahawa pelajar gemar berkongsi tentang rutin mereka dan menyatakan emosi mereka dalam Twitter serta menggunakan bahasa yang sesuai. Menurut Dunlap & Lowenthal (2009) pula, Twitter membantu mereka dalam aktiviti membaca dan pelajar dapat memperoleh banyak maklumat. Pelajar juga dapat mempelajari dalam persekitaran sebegitu terutama sekali bagi pelajar bahasa. 



Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment