Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ASAS VIDEOGRAFI 
Bagi tugasan minggu-8, kami perlu menerangkan tentang asas videografi. Terdapat lapan jenis videografi iaitu video one shot, video fokus/tanpa wajah, video lagu, video seram, video tragedi, video dokumentari, video setempat dan video temu bual. 




1. Video One Shot - tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot boleh dirakam dengan one shot two layer dan juga one shot three layer. Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. One shot three layer pula menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video seperti nyanyian, lakonan dan pergerakan. 
2. Video fokus/tanpa wajah - memberi tumpuan terhadap satu item atau anggota badan. Video ini juga membuat penonton berfikir. 
3. Video Lagu - memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Lakonan mesti mempunyai emosi terhadap jalan cerita yang ingin disampaikan. 
4. Video Seram - penceritaan yang menakutkan biasanya melibatkan hantu atau entiti yang tidak kelihatan. 
5. Video Tragedi - memberikan kesan emosi yang tinggi seperti sedih, murung, terkejut dan emosi negatif yang lain. 
6. Video dokumentari - video yang tidak mempunyai penceritaan dan hanya memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara. 
7. Video Setempat - tidak memerlukan suntingan. 
8. Video Temu Bual - bertujuan untuk temu bual secara formal. Kamera diletakkan di hadapan orang yang ditemu bual dan individu lain akan bertanyakan soalan. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara. 

No comments:

Post a Comment