Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Bab 7: Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna.



Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya 







Ulasan: 
Pendapat saya, terdapat tiga nilai yang dapat diperoleh daripada cerita sosial 3 ini iaitu tolong-menolong, belajar berdisiplin dan juga mengutamakan keluarga. Dalam cerita sosial ini menceritakan sebuah keluarga yang hidup dalam keharmonian kerana menerapkan nilai-nilai seperti yang diatas. Bagi nilai tolong-menolong, jelas menceritakan bahawa Alim sering menolong keluarganya membuat kerja-kerja rumah. Seterusnya, bagi nilai belajar berdisiplin pula dapat ditunjukkan melalui perbuatan Alim yang mempelajari cara untuk menyapu sampah dengan Abang Imran dan Kak Madinah supaya Alim dapat memahami kerja seharian di rumah dan dapat menolong keluarganya membuat kerja-kerja rumah. Akhir sekali, nilai mengutamakan keluarga dapat ditunjukkan dengan kelakuan Alim membantu ibunya walaupun pada mulanya dia tidak mahu membantu. Ini jelas menunjukkan ketiga-tiga nilai tersebut dapat menghasilkan sebuah keluarga yang harmoni dan sakinah.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK 

1. MENARIK.
- Gambar yang dihasilkan penting untuk menarik minat masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut. Gambar ataupun video yang dihasilkan mestilah dapat memberikan kesan yang positif dan tidak mengelirukan penonton tentang mesej yang ingin disampaikan. 

2. MUDAH DIFAHAMI.
- Gambar yang dihasilkan mestilah mudah difahami tanpa menimbulkan kekeliruan 

3. MESEJ.
- Setiap gambar yang dipaparkan mestilah mempunyai mesej. Dengan adanya mesej yang disampaikan melalui gambar itu dapat memberikan kesan kepada penonton. 

4. KETARA (PREDICTABILITY)
- Setiap gambar yang dipaparkan mestilah memberi mesej yang mudah difahami dengan begitu ketara dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada penonton. 

5. PROMOSI. 
- Asas grafik memberi kesan yang positif dalam mempromosikan barangan. Promosi akan lebih berhasil jika asa grafik diterapkan dalam penghasilan gambar atau video. 

Secara ringkasnya, asas grafik berperanan penting dalam menghasilkan gambar dan juga video yang menarik minat dan perhatian penonton sert mesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah tanpa menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.



Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara. 

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Bab 1 (MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN)

Aktiviti 1

Aktiviti 2 

Aktiviti 3 


Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 



BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa 



Antara nilai yang dapat saya perolehi dari petikan cerita sosial 2 ini ialah kasih sayang. Kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya dengan membelikan buah-buahan tempatan kerana anak-ananya gemar makan buah-buahan. Seterusnya, nilai yang dapat diperolehi ialah saling berkongsi. Hal ini dapat dibuktikan apabila Alim ingin berkongsi buah-buahan yang dibeli oleh ayahnya dengan Sulaiman iaitu jiran mereka. Akhir sekali, nilai yang diperolehi ialah tolong-menolong. Hal ini dapat dibuktikan melalui sikap Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Jika kita saling tolong-menolong, kita dapat hidup dengan harmoni. 

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Bagi tugasan minggu ke-6, kami perlu menerangkan penggunaan rule of thirds untuk swafoto dan muat naik ke dalam facebook masing-masing. Kami juga perlu melukis contoh pengaplikasian rule of thirds apabila berswafoto supaya gambar itu kelihatan cantik.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara.