Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya 







Ulasan: 
Pendapat saya, terdapat tiga nilai yang dapat diperoleh daripada cerita sosial 3 ini iaitu tolong-menolong, belajar berdisiplin dan juga mengutamakan keluarga. Dalam cerita sosial ini menceritakan sebuah keluarga yang hidup dalam keharmonian kerana menerapkan nilai-nilai seperti yang diatas. Bagi nilai tolong-menolong, jelas menceritakan bahawa Alim sering menolong keluarganya membuat kerja-kerja rumah. Seterusnya, bagi nilai belajar berdisiplin pula dapat ditunjukkan melalui perbuatan Alim yang mempelajari cara untuk menyapu sampah dengan Abang Imran dan Kak Madinah supaya Alim dapat memahami kerja seharian di rumah dan dapat menolong keluarganya membuat kerja-kerja rumah. Akhir sekali, nilai mengutamakan keluarga dapat ditunjukkan dengan kelakuan Alim membantu ibunya walaupun pada mulanya dia tidak mahu membantu. Ini jelas menunjukkan ketiga-tiga nilai tersebut dapat menghasilkan sebuah keluarga yang harmoni dan sakinah.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

No comments:

Post a Comment