Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK 

1. MENARIK.
- Gambar yang dihasilkan penting untuk menarik minat masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut. Gambar ataupun video yang dihasilkan mestilah dapat memberikan kesan yang positif dan tidak mengelirukan penonton tentang mesej yang ingin disampaikan. 

2. MUDAH DIFAHAMI.
- Gambar yang dihasilkan mestilah mudah difahami tanpa menimbulkan kekeliruan 

3. MESEJ.
- Setiap gambar yang dipaparkan mestilah mempunyai mesej. Dengan adanya mesej yang disampaikan melalui gambar itu dapat memberikan kesan kepada penonton. 

4. KETARA (PREDICTABILITY)
- Setiap gambar yang dipaparkan mestilah memberi mesej yang mudah difahami dengan begitu ketara dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada penonton. 

5. PROMOSI. 
- Asas grafik memberi kesan yang positif dalam mempromosikan barangan. Promosi akan lebih berhasil jika asa grafik diterapkan dalam penghasilan gambar atau video. 

Secara ringkasnya, asas grafik berperanan penting dalam menghasilkan gambar dan juga video yang menarik minat dan perhatian penonton sert mesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah tanpa menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.



Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara. 

No comments:

Post a Comment