Akhirnya setelah lama menunggu, dapat juga like dan comment dari Prof N. Huehuehue terima kasih Prof! 💕💕💕
Monday, March 23, 2020
BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA
Bagi tugasan minggu ke-6, kami diberi tugasan untuk mengambil gambar mengikut simpulan bahasa. Antaranya ialah:
1. Ketam batu - sangat kedekut.
2. Langkah kanan - bernasib baik/bertuah.
3. Cuci mata - melihat sesuatu yang cantik
4. Ada bakat - mempunyai tokoh atau perwatakan/kebolehan
5. Buruk makan - makan dengan gelojoh
6. Senyum kambing - senyum sedikit sahaja
7. Keras hati - tidak mahu menurut kata orang/degil
8. Bongkok sabut - keadaan badan seseorang yang bongkok kerana sudah tua
9. Fajar menyingsing - pagi hari, waktu apabila hari baru mula siang atau cerah
10. Emas sebungkal - barang yang berharga
11. Kecil hati - tersinggung perasaan
https://www.youtube.com/watch?v=Nd7o4avlf60
1. Ketam batu - sangat kedekut.
2. Langkah kanan - bernasib baik/bertuah.
3. Cuci mata - melihat sesuatu yang cantik
4. Ada bakat - mempunyai tokoh atau perwatakan/kebolehan
5. Buruk makan - makan dengan gelojoh
6. Senyum kambing - senyum sedikit sahaja
7. Keras hati - tidak mahu menurut kata orang/degil
8. Bongkok sabut - keadaan badan seseorang yang bongkok kerana sudah tua
9. Fajar menyingsing - pagi hari, waktu apabila hari baru mula siang atau cerah
10. Emas sebungkal - barang yang berharga
11. Kecil hati - tersinggung perasaan
https://www.youtube.com/watch?v=Nd7o4avlf60
Monday, March 16, 2020
BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY
Pada minggu ke-5 yang lalu, kami belajar tentang jenis-jenis flatlay.
https://www.youtube.com/watch?v=ernZTWhbeVI
https://www.youtube.com/watch?v=ernZTWhbeVI
Tuesday, March 10, 2020
Friday, March 6, 2020
BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK
ASAS GRAFIK
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, elemen asas grafik ada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
1. MUDAH
-Mudah yang dimaksudkan ialah apabila seseorang dapat mengenal pasti gambar yang ditunjukkan tanpa ada kekeliruan. Contohnya, gambar yang ditunjukkan merupakan gambar pemandangan, jadi kita dapat memahami bahawa gambar pemandangan itu diambil di sebuah pulau.
2. WARNA
-Warna yang digunakan dalam sesuatu gambar pula mestilah tidak melebihi tiga warna. Terdapat juga kombinasi tiga warna tetapi kebanyakannya di dalam video atau foto. Hal ini kerana mesej yang ingin disampaikan dapat difahami. Contohnya, gambar kanak-kanak sedang makan aiskrim. Warna yang digunakan mestilah tidak melebihi tiga warna.
3. TEKS
-Saiz, warna dan isi teks perlu dititikberatkan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana teks yang ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah.
4. KESESUAIAN
-Gambar yang diambil mestilah bersesuaian dengan latar masa atau latar tempat yang diambil. Contohnya, gambar awan berwarna oren yang seakan kemerah-merahan itu menunjukkan bahawa waktu itu sudah senja.
5. KESEIMBANGAN
-Keseimbangan pula adalah setiap ruang yang digunakan dalam mengambil foto atau video. Gambar yang diambil perlu dititikberatkan terutama sekali ruang atas dan bawah, kiri dan juga kanan perlulah seimbang.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara
BBM3410Satu2020: ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)
TEORI ANALISIS WACANA VANDIJK
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), struktur Makro ialah makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik atau tema suatu teks. Seterusnya, superstruktur ialah kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara.
BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI
TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal for help stalling
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)
Huraian:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. kesemua taksonomi strategi komunikasi itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. Peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama. Seterusnya, penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat dan spesifik. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur bahasa kepada bahasa sasaran. Pengantarabangsaan pula merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa jua perkataan ataupun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara
BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Manfaat penggunaan Instagram
Merujuk Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, Instagram dapat membantu mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek dari Instagram pengguna lain. Dengan adanya cerita pendek di Instagram, mereka dapat berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna lain. Bagi pengajar pula, cerita pendek Instagram dapat mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Para pengajar juga dapat berkongsi pengetahuan kepada orang lain dengan mencipta uara positif dalam video.
BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG.
BLOG DI DALAM PENGAJIAN KESUSASTERAAN
Menurut Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan
pembelajaran multimedia. Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog
berdasarkan pengajian kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan
pantun. Responden memilih salah satu daripada genre kesusasteraan berikut yang
mereka suka untuk ditulis. Bagi puisi, 66.7% iaitu 20 responden lelaki dan 24
responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis
puisi Oleh demikian, mereka mencuba yang terbaik untuk memastikan penulisan
mereka dapat difahami dan sesuai, bukan sahaja meningkatkan tahap keyakinan
tetapi juga dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran. Untuk
cerpen pendek pula, graf 6.1 menunjukkan 86.7% iaitu 26 responden lelaki dan
96.7% responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik
untuk menulis cerpen pendek. Mereka tertanya-tanya akan dunia yang berbeza dan
mereka mampu berimaginasi tentang apa yang mereka tulis, mampu meningkatkan
motivasi mereka dan tahap keyakinan di dalam penulisan. Untuk menulis skrip,
76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden perempuan) menyatakan
bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk
penulisan blog. Responden wanita menyatakan bahawa mereka berminat untuk
berkongsi idea dan pandangan dalam menulis skrip menolong mereka berimaginasi. Responden
juga menyatakan bahawa mereka juga mampu untuk menulis apa sahaja dalam skrip
melalui blog. Bagi pantun pula, seramai 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7%
(26 responden wanita) telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai. Wanita kelihatan
lebih berpuas hati dengan pantun memandangkan mereka mengetahui cara untuk
menulis pantun dua rangkap dengan baik. Mereka menyatakan bahawa menulis pantun
bagi meninggalkan pesanan kepada rakan mereka melalui blog.
BLOG DALAM PEMBELAJARAN BAHASA
Menurut Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim (2019), pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui
penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada
blog. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden
wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa. Ini disebabkan
responden wanita suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa
mereka. Dengan menulis surat, ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk
menulis. Mereka berpendapat bahawa meninggalkan surat di dalam blog adalah
sesuai. Seterusnya, terdapat 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden
wanita) menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui
blog. Peratusan responden menunjukkan bahawa wanita lebih bersikap sentimental.
Bagi responden lelaki, mereka mungkin tidak berminat untuk meluahkan perasaan
mereka di dalam blog memandangkan ia akan dibaca oleh orang lain dan juga akan
membuatkan mereka berasa malu. Responden wanita pula menyatakan bahawa mereka
menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan
perasaan hari ke hari. Seterusnya, seramai 93.3% (28 responden lelaki) dan
96.7% (29 responden wanita) menyatakan bahawa menulis teka-teki di dalam blog
adalah salah satu kaedah yang disukai oleh mereka. Ini kerana mereka menerima
banyak komen daripada pembaca. Komen-komen itu pula mengandungi jawapan untuk
teka-teki itu. Ini dapat membantu meningkatkan motivasi mereka untuk menulis
lebih banyak lagi teka-teki. Responden juga menyatakan bahawa teka-teki sangat
menarik dan mencabar.
BLOG DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI
Menurut Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim (2019), penulisan blog membantu responden dalam proses
pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi
dimasukkan di dalam blog. Teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba
benda baharu di dalam blog. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita
menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog memberi kepuasan kepada
mereka. Muzik video yang dipilih juga sesuai dan berkait dengan cerita yang
mereka tulis. Responden juga suka meletakkan klip video berkenaan cerpen pendek
atau dokumentari di dalam blog. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk
kedua-dua responden lelaki dan wanita adalah sama. 100% kedua-dua responden
lelaki dan wanita berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu
kegemaran mereka dan lagu-lagu ini diletakkan dalam senarai main lagu di mana
ia secara automatik dimainkan ketika blog dibuka. Bagi gambar pula, 93% responden
lelaki dan 100% responden wanita menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog
boleh menyiapkan hantaran. Responden wanita suka menggunakan telefon bimbit
untuk mengambil gambar dan menghantarnya terus ke dalam blog. Responden menyatakan
bahawa blog yang mengandungi gambar akan menjadi menarik.
Kesimpulannya, keputusan
penulisan blog dalam pengajian kesusasteraan pembelajaran bahasa dan
pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan responden yang terlibat dalam
kajian ini telah memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog. Dengan menulis
blog, dapat membantu mereka lebih memahami kesusasteraan, bahasa dan
pembelajaran teknologi.
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)