Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, elemen asas grafik ada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. 

1. MUDAH
-Mudah yang dimaksudkan ialah apabila seseorang dapat mengenal pasti gambar yang ditunjukkan tanpa ada kekeliruan. Contohnya, gambar yang ditunjukkan merupakan gambar pemandangan, jadi kita dapat memahami bahawa gambar pemandangan itu diambil di sebuah pulau. 

2. WARNA 
-Warna yang digunakan dalam sesuatu gambar pula mestilah tidak melebihi tiga warna. Terdapat juga kombinasi tiga warna tetapi kebanyakannya di dalam video atau foto. Hal ini kerana mesej yang ingin disampaikan dapat difahami. Contohnya, gambar kanak-kanak sedang makan aiskrim. Warna yang digunakan mestilah tidak melebihi tiga warna. 

3. TEKS
-Saiz, warna dan isi teks perlu dititikberatkan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana teks yang ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah. 

4. KESESUAIAN 
-Gambar yang diambil mestilah bersesuaian dengan latar masa atau latar tempat yang diambil. Contohnya, gambar awan berwarna oren yang seakan kemerah-merahan itu menunjukkan bahawa waktu itu sudah senja. 

5. KESEIMBANGAN 
-Keseimbangan pula adalah setiap ruang yang digunakan dalam mengambil foto atau video. Gambar yang diambil perlu dititikberatkan terutama sekali ruang atas dan bawah, kiri dan juga kanan perlulah seimbang. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment