Monday, June 15, 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Nyatakan perbezaan kajian facebook dan twitter.

FACEBOOK 
Menurut Madge (2009), kajian menunjukkan bahawa pelajar menggunakan facebook untuk berbincang mengenai tugasan akademik. Facebook juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran pelajar. Menurut kajian Selwyn (2007),pelajar juga dapat melatih diri untuk berkolaborasi dalam menyiapkan tugasan berbanding daripada bekerja secara individu. Manakala mneurut kajian Kabilan et. al (2010) pula, twitter dapat membuktikan bahawa keyakinan, motivasi dan sikap pelajar bertambah baik terutamanya dalam penggunaan bahasa semasa membuat penulisan. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bacaan dan kemahiran menulis mereka. 


TWITTER
Menurut Bicen & Cavus (2012), kajian menunjukkan bahawa pelajar gemar berkongsi tentang rutin mereka dan menyatakan emosi mereka dalam Twitter serta menggunakan bahasa yang sesuai. Menurut Dunlap & Lowenthal (2009) pula, Twitter membantu mereka dalam aktiviti membaca dan pelajar dapat memperoleh banyak maklumat. Pelajar juga dapat mempelajari dalam persekitaran sebegitu terutama sekali bagi pelajar bahasa. 



Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak (Keluarga) 

Twitter 


Facebook



Lirik lagu: 
Saya berasa puas hati 
Menolong ibu bapa setiap hari 
Bermula di pagi hari 
Sehingga malam nanti 

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati 
Menjaga budi pekerti 
Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka 


Huraian: 
Logo itu melambangkan keluarga saya. Saya mempunyai 3 orang adik lelaki dan saya merupakan anak sulung. Keluarga kami kecil tapi kami tetap bahagia. Tolong-menolong antara keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia ada. 

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN 


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara. 





Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI 1, 2 DAN 3 (BAB 8: IMPLIKASI PEDAGOGI)

Aktiviti 1: Senaraikan impak rangkaian sosial dalam proses pembelajaran pelajar. 




Aktiviti 2: Senaraikan impak perlaksanaan rangkaian sosial dalam proses pembelajaran pelajar. 




Aktiviti 3: Senaraikan tugas guru, pelajar dan kerajaan untuk memastikan kejayaan perlaksanaan penggunaan sosial media dan rangkaian sosial di dalam kelas. 



Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial: Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5: JIRAN 



Ulasan: 
Antara nilai yang dapat saya perolehi dari cerita sosial 5 ialah  rajinbaik hati dan juga pemurah. Nilai yang pertama iaitu rajin dapat dilihat daripada sikap Alim yang rajin mengemas buku ceritanya. Nilai yang seterusnya iaitu baik hati, dapat ditunjukkan melalui sikap Alim yang suka berkongsi buku cerita dengan jirannya, Sulaiman. Akhir sekali, pemurah. Sikap Alim dan Sulaiman yang pemurah dapat dilihat daripada caranya yang mereka berkongsi buku cerita dan juga coklat. 


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM

1. Animasi - gambar bergerak terbentuk daripada sekumpulan objek 
(gambar). Gambar atau objek yang dimaksudkan berupa manusia, haiwan, objek dan diselit dengan tulisan. Mempunyai warna yang menarik dan jalan cerita yang baik.
2. Drama - berbentuk satu siri, dua siri atau mempunyai beberapa episod. Drama dapat menarik perhatian remaja dan remaja yang mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap jalan cerita. 
3. Filem - mempunyai satu siri yang disiarkan selama satu jam setengah atau dua jam lebih. Ada filem yang dilakonan oleh manusia dan ada juga berbentuk animasi. 



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara.

Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020: BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Aktiviti 1: 5 Impak positif penggunaan rangkaian sosial dalam kalangan pelajar bahasa. 


Aktiviti 2: 5 impak negatif penggunaan rangkaian sosial dalam kalangan pelajar bahasa. 



Aktiviti 3: Cadangan tentang cara penggunaan media sosial yang dapat memberi faedah kepada pembaca. 


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

Cerita Sosial 4: Hati 






Huraian: 
Antara nilai yang dapat saya peroleh daripada cerita sosial 4 ini ialah berdikari, hormat kepada orang yang lebih tua dan juga rajin belajar. Bagi nilai yang pertama iaitu berdikari, ibu mahu Alim berdikari dan mampu untuk melakukan apa-apa kerja dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Seterusnya, hormat kepada orang yang lebih tua. Nilai ini dapat dilihat apabila Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua. Sikap ini perlu dididik sejak mereka masih muda lagi. Akhir sekali, rajin belajar. Nilai ini dapat dilihat melalui sikap Alim yang ingin belajar dengan menunggu Cikgu Anis.


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ASAS VIDEOGRAFI 
Bagi tugasan minggu-8, kami perlu menerangkan tentang asas videografi. Terdapat lapan jenis videografi iaitu video one shot, video fokus/tanpa wajah, video lagu, video seram, video tragedi, video dokumentari, video setempat dan video temu bual. 




1. Video One Shot - tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot boleh dirakam dengan one shot two layer dan juga one shot three layer. Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. One shot three layer pula menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video seperti nyanyian, lakonan dan pergerakan. 
2. Video fokus/tanpa wajah - memberi tumpuan terhadap satu item atau anggota badan. Video ini juga membuat penonton berfikir. 
3. Video Lagu - memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Lakonan mesti mempunyai emosi terhadap jalan cerita yang ingin disampaikan. 
4. Video Seram - penceritaan yang menakutkan biasanya melibatkan hantu atau entiti yang tidak kelihatan. 
5. Video Tragedi - memberikan kesan emosi yang tinggi seperti sedih, murung, terkejut dan emosi negatif yang lain. 
6. Video dokumentari - video yang tidak mempunyai penceritaan dan hanya memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara. 
7. Video Setempat - tidak memerlukan suntingan. 
8. Video Temu Bual - bertujuan untuk temu bual secara formal. Kamera diletakkan di hadapan orang yang ditemu bual dan individu lain akan bertanyakan soalan. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara.