Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak 

Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari 
Sehingga malam nanti 

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti 
Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa 
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara 



Semua orang pasti mahukan sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia bukan dari harta, duit atau pangkat. Tetapi bahagia kerana pertalian kekeluargaan yang mengalir dalam darah, yang mampu hidup harmoni dibawah satu bumbung. Keluarga saya tidak besar, keluarga saya juga tidak mempunyai banyak harta. Tapi, kerana didikan orang tua yang sentiasa mendisiplinkan anak-anak mereka, kami mampu menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Mama abah, adalah guru pertama yang mengajar kami empat beradik. Semua tindak-tanduk mereka menjadi contoh kepada kami.

Mama abah dua-dua bekerja. Jadi, sudah tentu mereka tiada di rumah dari pagi hingga ke petang. Saya dan adik-adik, bergilir mengambil tugas menjaga rumah. Kalau dulu, saya sekolah pada sesi pagi, adik saya pula pada sesi petang, merekalah yang akan menjaga rumah dan memastikan rumah rapi. Dan bila adik saya bersekolah pula, saya yang akan mengambil tugas tersebut.

Walaupun saya mempunyai 3 orang adik lelaki dan kami sering juga bergaduh, tapi saya masih boleh mengharapkan bantuan mereka. Kadang-kadang, bila saya ada masalah, keluarga sayalah yang menjadi pendengar setia. Mereka sentiasa memberikan nasihat mahupun teguran jika saya salah. Keluarga sahaja yang masih mampu menerima kekurangan diri kita. Biar besar manapun masalah itu, serumit apapun, merekalah yang akan membantu menyelesaikan masalah itu. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sederhana tapi tetap bahagia. Saya sayang keluarga saya, dunia dan akhirat!

Thursday, February 27, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test


Kuliah Minggu 3 (24 Feb 2020): Kumpulan 6

Soalan 1: 
Apa itu "Rule of Thirds"?
- Teknik fotografi yang digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.

Soalan 2: 
Menganalisis gambar mug shot yang dipaparkan pada skrin.
- Mug shot diambil dalam jarak yang dekat yang hanya memfokuskan kepada bahagian muka. Mug shot biasa diambil dalam keadaan tidak bersedia dan juga mempunyai emosi.

Soalan 3: 
Menganalisis gambar pemandangan yang dipaparkan pada skrin.
- Pemandangan memfokuskan keseluruhan gambar. Gambar yang diambil memaparkan gambaran yang jelas dengan apa yang berada di sekelilingnya.

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI

Ashiaaap Production 

Hari ini, kami mempelajari teknik asas fotografi iaitu long shot, medium shot, portrait, mug shot dan close-up

1. Long shot 
Teknik long shot iaitu gambar yang diambil dari jarak jauh tetapi keseluruhan gambar dapat dilihat dengan jelas. 


Long shot pemandangan dan manusia. 

 Long shot pemandangan dari tingkat 2, bangunan CALC


2. Medium shot 
Medium shot pula ialah apabila gambar diambil dengan jarak yang dekat dengan kamera dan wajah seseorang lebih menyerlah.


Medium shot manusia dan latar pemandangan 


Medium shot latar manusia 


3. Portrait
Portrait pula merupakan gambar yang diambil di dalam studio dan berfokus kepada jarak dekat kerana gambar yang diambil akan kelihatan lebih jelas. Ini kerana studio mempunyai lampu khas yang cukup untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik dan juga jelas. 

 Portrait yang memfokuskan bahagian muka 


Portrait yang menampakkan keseluruhan badan 


4. Mug Shot 
Mug shot pula ialah gambar yang diambil dengan jarak dekat dan memfokuskan bahagian muka. Tujuan mug shot adalah untuk menunjukkan raut wajah dengan terperinci dan mudah dikenali orang. 

1. Awadah binti Mohamad (195903)
 Emosi sedih 


Emosi gembira

2. Nurul Nabila binti Jaffar (197296)
Emosi gembira 


Emosi marah 

3. Siti Zahiriah binti Rashid (197689)
 Emosi marah 


Emosi gembira 

4. Azurah binti Amilkasan (198231)
 Emosi marah 


Emosi bingung 

5. Nur Emy Nadira binti Rosli (199780)
 Emosi marah 


Emosi gembira

6. Siti Nur Athirah binti Roslan (199801)
 Emosi marah 


Emosi gembira 

7. Nurul Najah binti Ramli (199844)
Emosi marah


Emosi gembira

8. Nur Hafizah binti Mohamed (199851)
 Emosi gembira 


Emosi marah

9. Nur Aireena Nasrin binti Remizan (199904)
 Emosi marah 


Emosi gembira 

10. Nurul Asmaa binti Abd Kadir (199905)
 Emosi marah 


Emosi gembira 

11. Nur Aziemah binti Jasman (199909)
 Emosi marah 


Emosi gembira 

5. Close-up 
Gambar yang diambil dalam jarak dekat untuk memfokuskan muka seseorang dengan jelas. 

 Close-up bahagian mata


Close-up bunga 

Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2

Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa. 


Pada hari Ahad yang lalu, bapa pergi ke Pasar Tani membeli buah-buahan yang banyak untuk Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah kerana mereka gemar makan buah-buahan tempatan. Bapa membeli buah rambutan, durian, manggis langsat, duku dan banyak lagi! Bapa mengajak abang Imran makan buah-buahan itu dan menyuruhnya memanggil ibu dan adik-adiknya untuk makan sekali. Abang Imran pun pergi memanggil ibu dan adik-adiknya. Ibu pula menyediakan bakul sampah untuk mereka membuang sampah selepas makan buah-buahan, risau rumah akan bersepah dan kotor. Mereka mengangguk tanda faham. Alim bertanya kepada ibunya jika dia boleh berkongsi buah-buahan itu dengan Sulaiman kerana apa yang difahaminya, sekiranya kita berkongsi barang atau makanan yang kita suka dengan orang lain merupakan satu perbuatan yang baik. Ibu mengasingkan buah-buahan yang ingin diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik. Ibu mengulurkan plastik yang berisi buah manggis dan buah rambutan kepada Alim. Alim mengambil plastik lalu berlari ke rumah Sulaiman untuk diberikan kepadanya. Alim memberikan sebungkus plastik itu kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Sesudah makan, Alim menolong keluarganya mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang berada di luar rumah. Alim terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu, Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana Alim telah memberikan buah-buahan itu kepada Sulaiman. Alim berkata bahawa ibunya selalu berpesan, kita mesti berbuat baik dengan jiran. Mengenangkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Alim, dia mendoakan bahawa kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. 

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara 



BBM3410Satu2020: My family, my team!


Kami sekeluarga mencuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok



Gambar kami sekeluarga ketika di Namsan Tower, Seoul, Korea Selatan. 


Inilah keluarga saya. Abah berumur 45 tahun manakala mama pula berumur 44 tahun. Saya mempunyai tiga orang adik lelaki iaitu bernama, Naim Amirul Naqib (18 tahun), Naim Aiman Najmi (15 tahun) dan Naim Ammar Nafeez (9 tahun). Wan saya pula bernama Siti Minah. Wan saya berumur 64 tahun tetapi masih sihat seperti orang muda. Saya merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik dan juga merupakan anak perempuan tunggal. Membesar dengan tiga orang adik lelaki, betul-betul menjadikan hidup saya seperti menaiki roller coaster. Walau bagaimanapun, mama dan abah berjaya mendidik kami sebagai satu kumpulan. Saya, sebagai seorang anak perempuan, saya diberikan tugas untuk membantu mama dalam membuat segala kerja rumah seperti membasuh dan melipat kain, memasak dan sebagainya manakala adik saya pula, Amirul, diberi tugasan untuk membuang sampah dan menolong abah dalam membuat tugasan yang berat-berat. Aiman pula, biasanya diberi tugas untuk mengemas bahagian ruang tamu rumah manakala adik saya yang terakhir pula diberi tugas untuk menyusun kasut dan juga selipar. Kami bekerja seperti sebagai satu kumpulan housekeeping di hotel. Keluarga saya juga suka melancong ke luar negara. Antara negara yang kami pernah lawati ialah Korea, seperti gambar di atas. Dalam kesibukan bekerja, abah dan mama selalu meluangkan waktu dengan mengambil cuti pada hujung atau awal tahun untuk membawa kami pergi melancong. 


















BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


Hari ini, kami membuat tugasan yang terdapat dalam buku Eh! Media Sosial iaitu manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Setelah menjawab soalan itu, kami perlu memuat naik ke dalam blog ini. 

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Ashiaaap Production (Kumpulan 4)

1. Awadah binti Mohamad (195903)
2. Nurul Nabila binti Jaafar (197296) 
3. Siti Zahiriah binti Rashid (197689)
4. Azurah binti Amilkasan (198231)
5. Nur Emy Nadira binti Rosli (199780) 
6. Siti Nur Athirah binti Roslan (199801)
7. Nurul Najah binti Ramli (199844) 
8. Nur Hafizah binti Mohamed (199851)
9. Nur Aireena Nasrin binti Remizan (199904)
10. Nurul Asmaa binti Abd Kadir (199905)
11. Nur Aziemah binti Jasman (199909)


Gambar 1: Proses pemilihan gambar mengikut lima asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan





Gambar 2: Gambar di sebelah atas menunjukkan proses menggunting gambar, huruf dan nombor yang terdapat dalam majalah. Gambar di sebelah bawah pula menunjukkan proses menampal gambar, huruf dan nombor di atas mounting board




Gambar 3: Proses terakhir ialah proses menggabungkan kesemua hasil lima asas grafik yang ditampal pada mounting board 





Gambar 4: Menunjukkan hasil akhir lima asas grafik 




BBM3410Satu2020: Blanket Test

Blanket Test: Kumpulan 4

Soalan 1

Berapa huruf dalam perkataan "WARNA"?
- Lima huruf


Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Cerita ini mengisahkan Alim dan keluarganya yang akan pulang ke kampung di Kajang. Alim mempunyai dua orang nenek dan dua orang datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang manakala nenek dan datuk sebelah ayah Alim pula tinggal di Melaka. Alim sangat teruja ingin pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam dan itik. Setibanya di rumah nenek dan datuknya, Alim terus keluar dari kereta dan pergi mencari ayam dan itik tetapi tidak jumpa. Perasaan Alim bercampur baur. Dia berasa marah, sedih lalu dia menangis. Ibu dan bapa Alim sedang mengeluarkan beg dari kereta. Kak Madinah dan Abang Imran juga mengangkat beg mereka untuk dibawa masuk ke dalam rumah nenek dan datuk. Aisyah pula tercari-cari mainannya di celah kerusi kereta. Nenek dan datuk bergegas mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

Nenek bertanya kepada Alim, apa yang sedang dia buat di tepi reban ini. Alim menjawab bahawa ayam dan itik sudah tiada sambil menangis. Dia sangkakan bahawa ayam dan itik itu sudah mati. Nenek cuba memujuk Alim. Nenek menunjukkan reban baru yang dibuat oleh datuk kepada Alim. Alim bingung mengapa ayam dan itik itu tinggal disana. Alim mendekati reban yang baru dibuat oleh datuk itu. Dia tersenyum. Sudah puas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke rumah nenek dan datuknya. Dia memandang ke sekeliling. Dia keliru melihat rumah nenek dan datuknya yang berbeza dari kebiasaannya. Alim sedih dan terus menangis. Nenek memujuk Alim sekali lagi. Nenek membawa Alim berjalan mengelilingi rumah sambil bercerita. Alim pun berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu dengan abang Imran, kak Madinah dan juga Aisyah menonton televisyen. Ibu dan bapa Alim, serta nenek dan datuknya berasa pelik kerana kelakuan Alim yang sering menangis tanpa sebab. Kelihatan dari dapur, Alim sedang tertawa bersama abang Imran, kak Madinah danAisyah kerana menonton cerita kartun yang disiarkan di televisyen. Suasana kampung yang sedikit lain dari biasanya membuatkan keluarga Alim lebih rapat.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara 

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara penulisan blog yang baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. 
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. 
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
7. Dapat dibaca dan difahami. 
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca. 
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. 
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan. 

Ulasan: 


Penulisan blog yang baik perlulah mempunyai konten atau isi yang boleh mendatangkan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Blog juga merupakan satu medium komunikasi antara penulis dan pembaca, maka blog perlulah dijadikan sebuah medium yang mesra pembaca contohnya seperti ayat yang tidak terlalu serius mahupun formal. Penulis juga boleh memasukkan unsur humor dalam penulisan blognya. Penulis juga boleh berkongsi pendapat tentang berita terkini dengan pembaca. Penulis juga tidak boleh memasukkan penulisan yang berunsurkan negatif atau menyentuh mana-mana sensitiviti mana-mana pihak. Hal ini kerana, walaupun penulisan itu adalah milik penulis sepenuhnya tetapi penulis juga perlu bertimbang rasa dan berfikir sebelum membuat penulisan. Dengan menulis blog, penulis juga dapat meningkatkan penulisan mereka. Penulis juga perlu berwaspada kerana terdapat ramai yang melakukan plagiat atau dikenali sebagai ‘copy-cat’. Golongan ini mengambil konten atau isi daripada blog penulis lain dan memasukkan ke dalam blognya untuk menarik perhatian pembaca. Hal seperti ini sering terjadi apabila penulis menulis blog seperti petua-petua dan sebagainya. Sikap penulis seperti ini merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab kerana telah mengambil penulisan daripada penulis lain yang berkemungkinan merupakan pengalaman atau pendapat penulis itu sendiri. Blog juga berperanan dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Di era sains dan teknologi ini, menimba ilmu bukan sahaja dengan membaca buku dan mendengar apa yang diajar oleh guru-guru. Malah, blog juga dapat digunakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan kerana semuanya berada di hujung jari sahaja.

Rujukan: 
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial 
Normaliza Abd Rahim (2014) 

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum w.b.t


Nama saya Nur Aireena Nasrin binti Remizan. Kawan-kawan panggil saya Aireena. Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik dan juga merupakan anak perempuan tunggal. Hidup dengan 3 orang adik lelaki betul-betul membentuk saya menjadi seorang yang kasar. Abah saya merupakan seorang ketua pentadbir sistem di sebuah syarikat swasta. Mama pula merupakan pembantu tadbir. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan berpindah ke Kajang pada 2005. Hobi saya ialah 'travel'. Setakat ini itu sahaja yang saya ingin kongsikan di dalam blog ini.