Kami sekeluarga mencuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok
Gambar kami sekeluarga ketika di Namsan Tower, Seoul, Korea Selatan.
Inilah keluarga saya. Abah
berumur 45 tahun manakala mama pula berumur 44 tahun. Saya mempunyai tiga orang
adik lelaki iaitu bernama, Naim Amirul Naqib (18 tahun), Naim Aiman Najmi (15
tahun) dan Naim Ammar Nafeez (9 tahun). Wan saya pula bernama Siti Minah. Wan
saya berumur 64 tahun tetapi masih sihat seperti orang muda. Saya merupakan
anak sulung dari empat orang adik-beradik dan juga merupakan anak perempuan
tunggal. Membesar dengan tiga orang adik lelaki, betul-betul menjadikan hidup
saya seperti menaiki roller coaster.
Walau bagaimanapun, mama dan abah berjaya mendidik kami sebagai satu kumpulan. Saya,
sebagai seorang anak perempuan, saya diberikan tugas untuk membantu mama dalam
membuat segala kerja rumah seperti membasuh dan melipat kain, memasak dan
sebagainya manakala adik saya pula, Amirul, diberi tugasan untuk membuang
sampah dan menolong abah dalam membuat tugasan yang berat-berat. Aiman pula,
biasanya diberi tugas untuk mengemas bahagian ruang tamu rumah manakala adik
saya yang terakhir pula diberi tugas untuk menyusun kasut dan juga selipar. Kami
bekerja seperti sebagai satu kumpulan housekeeping
di hotel. Keluarga saya juga suka melancong ke luar negara. Antara negara yang
kami pernah lawati ialah Korea, seperti gambar di atas. Dalam kesibukan
bekerja, abah dan mama selalu meluangkan waktu dengan mengambil cuti pada
hujung atau awal tahun untuk membawa kami pergi melancong.
No comments:
Post a Comment