Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2

Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa. 


Pada hari Ahad yang lalu, bapa pergi ke Pasar Tani membeli buah-buahan yang banyak untuk Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah kerana mereka gemar makan buah-buahan tempatan. Bapa membeli buah rambutan, durian, manggis langsat, duku dan banyak lagi! Bapa mengajak abang Imran makan buah-buahan itu dan menyuruhnya memanggil ibu dan adik-adiknya untuk makan sekali. Abang Imran pun pergi memanggil ibu dan adik-adiknya. Ibu pula menyediakan bakul sampah untuk mereka membuang sampah selepas makan buah-buahan, risau rumah akan bersepah dan kotor. Mereka mengangguk tanda faham. Alim bertanya kepada ibunya jika dia boleh berkongsi buah-buahan itu dengan Sulaiman kerana apa yang difahaminya, sekiranya kita berkongsi barang atau makanan yang kita suka dengan orang lain merupakan satu perbuatan yang baik. Ibu mengasingkan buah-buahan yang ingin diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik. Ibu mengulurkan plastik yang berisi buah manggis dan buah rambutan kepada Alim. Alim mengambil plastik lalu berlari ke rumah Sulaiman untuk diberikan kepadanya. Alim memberikan sebungkus plastik itu kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Sesudah makan, Alim menolong keluarganya mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang berada di luar rumah. Alim terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu, Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana Alim telah memberikan buah-buahan itu kepada Sulaiman. Alim berkata bahawa ibunya selalu berpesan, kita mesti berbuat baik dengan jiran. Mengenangkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Alim, dia mendoakan bahawa kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. 

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara 



No comments:

Post a Comment