Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak 

Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari 
Sehingga malam nanti 

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti 
Keluarga saya yang dicintai 

Saya sayang ibu dan bapa 
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama 
Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara 



Semua orang pasti mahukan sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia bukan dari harta, duit atau pangkat. Tetapi bahagia kerana pertalian kekeluargaan yang mengalir dalam darah, yang mampu hidup harmoni dibawah satu bumbung. Keluarga saya tidak besar, keluarga saya juga tidak mempunyai banyak harta. Tapi, kerana didikan orang tua yang sentiasa mendisiplinkan anak-anak mereka, kami mampu menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Mama abah, adalah guru pertama yang mengajar kami empat beradik. Semua tindak-tanduk mereka menjadi contoh kepada kami.

Mama abah dua-dua bekerja. Jadi, sudah tentu mereka tiada di rumah dari pagi hingga ke petang. Saya dan adik-adik, bergilir mengambil tugas menjaga rumah. Kalau dulu, saya sekolah pada sesi pagi, adik saya pula pada sesi petang, merekalah yang akan menjaga rumah dan memastikan rumah rapi. Dan bila adik saya bersekolah pula, saya yang akan mengambil tugas tersebut.

Walaupun saya mempunyai 3 orang adik lelaki dan kami sering juga bergaduh, tapi saya masih boleh mengharapkan bantuan mereka. Kadang-kadang, bila saya ada masalah, keluarga sayalah yang menjadi pendengar setia. Mereka sentiasa memberikan nasihat mahupun teguran jika saya salah. Keluarga sahaja yang masih mampu menerima kekurangan diri kita. Biar besar manapun masalah itu, serumit apapun, merekalah yang akan membantu menyelesaikan masalah itu. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sederhana tapi tetap bahagia. Saya sayang keluarga saya, dunia dan akhirat!

No comments:

Post a Comment