Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Cerita ini mengisahkan Alim dan keluarganya yang akan pulang ke kampung di Kajang. Alim mempunyai dua orang nenek dan dua orang datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang manakala nenek dan datuk sebelah ayah Alim pula tinggal di Melaka. Alim sangat teruja ingin pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam dan itik. Setibanya di rumah nenek dan datuknya, Alim terus keluar dari kereta dan pergi mencari ayam dan itik tetapi tidak jumpa. Perasaan Alim bercampur baur. Dia berasa marah, sedih lalu dia menangis. Ibu dan bapa Alim sedang mengeluarkan beg dari kereta. Kak Madinah dan Abang Imran juga mengangkat beg mereka untuk dibawa masuk ke dalam rumah nenek dan datuk. Aisyah pula tercari-cari mainannya di celah kerusi kereta. Nenek dan datuk bergegas mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

Nenek bertanya kepada Alim, apa yang sedang dia buat di tepi reban ini. Alim menjawab bahawa ayam dan itik sudah tiada sambil menangis. Dia sangkakan bahawa ayam dan itik itu sudah mati. Nenek cuba memujuk Alim. Nenek menunjukkan reban baru yang dibuat oleh datuk kepada Alim. Alim bingung mengapa ayam dan itik itu tinggal disana. Alim mendekati reban yang baru dibuat oleh datuk itu. Dia tersenyum. Sudah puas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke rumah nenek dan datuknya. Dia memandang ke sekeliling. Dia keliru melihat rumah nenek dan datuknya yang berbeza dari kebiasaannya. Alim sedih dan terus menangis. Nenek memujuk Alim sekali lagi. Nenek membawa Alim berjalan mengelilingi rumah sambil bercerita. Alim pun berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu dengan abang Imran, kak Madinah dan juga Aisyah menonton televisyen. Ibu dan bapa Alim, serta nenek dan datuknya berasa pelik kerana kelakuan Alim yang sering menangis tanpa sebab. Kelihatan dari dapur, Alim sedang tertawa bersama abang Imran, kak Madinah danAisyah kerana menonton cerita kartun yang disiarkan di televisyen. Suasana kampung yang sedikit lain dari biasanya membuatkan keluarga Alim lebih rapat.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara 

No comments:

Post a Comment