10 cara penulisan blog yang baik:
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Ulasan:
Penulisan blog yang baik perlulah mempunyai konten
atau isi yang boleh mendatangkan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Blog juga
merupakan satu medium komunikasi antara penulis dan pembaca, maka blog perlulah
dijadikan sebuah medium yang mesra pembaca contohnya seperti ayat yang tidak
terlalu serius mahupun formal. Penulis juga boleh memasukkan unsur humor dalam
penulisan blognya. Penulis juga boleh berkongsi pendapat tentang berita terkini
dengan pembaca. Penulis juga tidak boleh memasukkan penulisan yang berunsurkan
negatif atau menyentuh mana-mana sensitiviti mana-mana pihak. Hal ini kerana,
walaupun penulisan itu adalah milik penulis sepenuhnya tetapi penulis juga
perlu bertimbang rasa dan berfikir sebelum membuat penulisan. Dengan menulis
blog, penulis juga dapat meningkatkan penulisan mereka. Penulis juga perlu
berwaspada kerana terdapat ramai yang melakukan plagiat atau dikenali
sebagai ‘copy-cat’. Golongan ini mengambil konten atau isi daripada blog
penulis lain dan memasukkan ke dalam blognya untuk menarik perhatian pembaca.
Hal seperti ini sering terjadi apabila penulis menulis blog seperti petua-petua
dan sebagainya. Sikap penulis seperti ini merupakan sikap yang tidak
bertanggungjawab kerana telah mengambil penulisan daripada penulis lain yang
berkemungkinan merupakan pengalaman atau pendapat penulis itu sendiri. Blog
juga berperanan dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Di era sains dan
teknologi ini, menimba ilmu bukan sahaja dengan membaca buku dan mendengar apa
yang diajar oleh guru-guru. Malah, blog juga dapat digunakan untuk berkongsi
ilmu pengetahuan kerana semuanya berada di hujung jari sahaja.
Rujukan:
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial
Normaliza Abd Rahim (2014)
No comments:
Post a Comment